Pengikut Kembali Pulang

Isnin, 31 Mac 2014

SKETSA ORANG BUJANG - BIDADARI SEBENAR

Boy : Kepada-Mu Tuhan, aku berserah~ Ku sujud syukur pada-Mu~ Menemukan ku kekasih hati~ Oh bidadari sanubariku~

Roy : Amboi, menyanyi sakan nampak! Lagu siapa tu?

Boy : Lagu Rahmat Ekamatra yang bertajuk "Kekasihku".

Roy : Kau pernah tengok bidadari ke?

Boy : Tak pernah. Tapi macam lagu tadi kata, kekasih hati tu boleh dikira sebagai bidadari kita la kan?

Roy : Mungkin. Tapi aku rasa itu belum cukup untuk erti sebenar bidadari.

Boy : Habis tu, apa erti sebenar bidadari?

Roy : Kekasih kau kena kahwin dengan kau untuk jadi isteri kau terlebih dahulu. Kemudian, sampai masa mati nanti masuk syurga dan sudah berada di syurga abadi nanti, barulah dia boleh jadi bidadari kau.

Boy : Pergh! Sampai macam tu sekali???

Roy : Itu pun kalau kau dan dia sama-sama masuk syurga la.

Boy : Adeh!


Tiada ulasan: