Pengikut Kembali Pulang

Selasa, 1 April 2014

SKETSA ORANG BUJANG - JEMPUTAN KAHWIN

Boy : Hampeh betul. Rumah punya dekat tapi tak jemput aku pun...

Roy : Kau kenapa? Tak jemput kau untuk apa?

Boy : Kawan aku ni, kenduri kahwin dia dekat-dekat sini je tapi dia tak jemput aku pun.

Roy : Itu je? Ingatkan apa tadi. Perkara kecil je tu. Lagipun kau tak perlu la beriya-iya sangat...

Boy : Kenapa kau cakap macam tu? Kenduri kahwin kawan aku kot.

Roy : Kenduri kahwin kawan-kawan kau yang sudah lepas pun kau tak pergi walaupun telah dijemput. Kau kena ingat, menjemput kawan-kawan ke walimatul urus itu sunat tetapi menghadiri jemputan bagi sesiapa yang telah dijemput itu wajib melainkan ada alasan yang kukuh untuk tidak hadir.

Boy : Erk.


Tiada ulasan: