Terima kasih diucapkan kepada Ashley, Cud, Nik Nursyamimi, dan Azrai yang telah memberikan inspirasi kepada diri saya untuk menulis blog ini.
Tidak lupa juga kepada Afiq Shazwan, Rizal, Jad, Peja, Sam, Mimi, Amin, Jeme yang sedikit sebanyak menyokong pembikinan blog ini.
Ini bukanlah pertama kali saya menulis blog. Kali pertama saya menulis blog adalah ketika saya sangat aktif di Friendster sekitar tahun 2006 hingga 2007.
Apabila melihat kembali blog lama, terkenang betapa bersemangatnya diri ini menulis blog pada masa itu. Pada waktu itu, saya masih menggunakan disket sebagai penyimpan hasil tulisan. Saya menulis dalam Microsoft Word di komputer rumah terlebih dahulu, menyimpannya dalam disket, dan kemudian copy paste di ruang blog Friendster ketika online. Sekarang? Taip saja di Blogger dan siarkan terus. Zaman sudah berubah la katakan. Cara tersendiri menulis blog pun sudah berbeza.
Sekarang saya masih dalam proses memahirkan diri dengan pelbagai setting untuk Blogger. Saya juga sedang berusaha untuk meneroka gaya penulisan yang tersendiri.
Apa yang bakal diketengahkan dalam blog ini?
Tunggu dan lihat entri blog yang seterusnya!
5 ulasan:
Selamat m'jadi avid blogger...:)
Keep updating ar...
hohohoh,ak sokong blog ni,,,mesti jd geng rockybru,chedet,kickdefella dan seangkatan dengannya
hihi
boleh komen dah...
decorate lawa2 tw blog ni...
cud bc salu//
Salam...tuah cendana here.
Congrats on ur new blog AJ....
Thanks for all your wishes, my friends... Really appreciate it. =)
Catat Ulasan