Pengikut Kembali Pulang

Khamis, 12 Disember 2013

SKETSA ORANG BUJANG - TENGOK SKRIN

Roy : Kenapa Man pengsan lepas tengok skrin telefon bimbit dia?

Boy : Mak dia hantar SMS suruh dia balik kampung untuk dikahwinkan dengan calon menantu pilihan keluarga.

Roy : Hmm apa boleh buat. Dia takut dia tak boleh terima la tu. Kenapa Max menjerit depan skrin televisyen tu?

Boy : Pasukan bola kesayangan dia kalah teruk kali ni.

Roy : Hmm biasalah tu. Menang atau kalah, itu adat pertandingan. Kenapa Mat menangis sedih teresak-esak depan skrin laptop?

Boy : Artis wanita yang dia puja bertahun-tahun selama ni dah mula pakai tudung.

Roy : Okey, yang ni sungguh aku rasa pelik. Marah pun ada.


Selasa, 10 Disember 2013

SKETSA ORANG BUJANG - SALAH ANGGAP

Roy : Eh Boy, bantal kau tu dah lama tak tukar sarung kan?

Boy : Ya, kenapa?

Roy : Tak busuk ke?

Boy : Dah nama pun bantal busuk. Tapi aku suka. Macam kicap.

Roy : Macam kicap?

Boy : Ya, macam kicap. Kau tahu tak bagaimana kicap dibuat?

Roy : Tak tahu. Macam mana?

Boy : Kicap diperbuat daripada kacang soya yang diperam sampai berkulat. Bila dah berkulat, kulat tu dibuang dan hasil peraman kacang soya tadi diambil dan dicampur dengan bahan-bahan perisa, pengawet, dan mungkin termasuk pewarna.

Roy : Tak boleh tahan faktanya... Tapi apa kaitan dengan bantal busuk?

Boy : Bantal busuk ni cuma tidak ditukar sarung bantalnya. Tidaklah kotor mana dan tidaklah berkulat, cuma ianya mempunyai bau yang aku suka. Kicap yang asalnya merupakan kacang soya peram yang berkulat pun dibuat makan dek orang, apatah lagi bantal aku yang tidak berkulat dan mempunyai bau yang aku suka tetapi sentiasa di salah anggap sebagai busuk.

Roy : Salah anggap? Baiklah. Lepas ni aku tak nak guna kicap dah... T_T