Pengikut Kembali Pulang

Jumaat, 28 Mac 2014

SKETSA ORANG BUJANG - KEMBANG BUNGA

Boy : Tengok tu! Prunus Serrulata rupa-rupanya boleh je berbunga di negara kita!

Roy : Kau pasti ke tu Prunus Serrulata?

Boy : Kenapa kau cakap macam tu?

Roy : Setahu aku la kan, Prunus Serrulata tu biasanya berbunga ketika musim bunga di negara-negara yang ada musim bunga yang konsisten kemunculannya pada setiap tahun. Negara kita kan negara yang beriklim panas dan lembap sepanjang tahun. Ada musim hujan dan musim panas sahaja. Tak ada musim bunga macam negara Jepun tu.

Boy : Habis tu, pokok bunga merah jambu yang banyak berkembang di Malaysia sejak kebelakangan ni menarik perhatian orang ramai sampai tersebar di laman sosial tu apa sebenarnya?

Roy : Itu mungkin Tabebuia Pentaphylla atau Tabebuia Rosea yang berkembang dengan baik dalam cuaca panas negara kita yang membahang seperti sekarang. Dari jauh memang ada iras-iras Prunus Serrulata tapi cuba ambil sekuntum dan perhatikan kelopaknya, ternyata bentuknya berbeza.

Boy : Betul la. Seingat aku, kelopak Prunus Serrulata tu lain rupanya. Tapi kat Malaysia ni orang panggil Tabebuia Pentaphylla atau Tabebuia Rosea dengan nama apa?

Roy : Tak tahu la. Kau rasa sebab apa kita bersembang pasal bunga dengan menyebut nama saintifiknya sahaja?



Tiada ulasan: