Pengikut Kembali Pulang

Ahad, 30 Mac 2014

SKETSA ORANG BUJANG - REHAT SEBENTAR

Boy : Cuba kau tengok buruh binaan tu.

Roy : Kenapa dengan dia?

Boy : Akibat cuaca panas membahang sekarang, terbantut pergerakan dia nak siapkan kerja pembinaan.

Roy : Eh, kalau cuaca panas lagi la kena buat kerja, baru boleh siap kerja-kerja pembinaan! Waktu hujan turun lebat saja yang biasanya membantutkan kerja dia.

Boy : Macam tu pulak? Habis tu buat apa buruh binaan tu duduk berlindung daripada cuaca panas?

Roy : Mungkin dia hanya berehat sebentar melepaskan penat. Ala, orang kerja pejabat dalam bilik berhawa dingin pun perlukan rehat, inikan pula orang yang bekerja di tengah panas!





Tiada ulasan: