Pengikut Kembali Pulang

Isnin, 3 Mac 2014

KITA KENA LAWAK - TIDAK DITANGKAP

Pada suatu hari, seorang wanita telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan menulis cerita lucah di internet. Suami kepada wanita tersebut amat terkejut dengan berita buruk mengenai isteri kesayangannya itu. Namun begitu, dia tidak melatah dengan kejadian buruk yang menimpa isterinya. Walaupun keluarga dipalit rasa malu akibat kes jenayah yang dilakukan oleh isterinya, si suami tetap berada di sisi si isteri sejak perbicaraan kes bermula hinggalah ke saat si isteri selesai menjalani hukuman di penjara.

Setelah selesai menjalani hukuman penjara, si isteri dapat bertemu semula dengan suaminya.

Si isteri melahirkan penghargaan kepada suaminya, "Abang, saya benar-benar bersyukur. Di saat semua orang meninggalkan dan memulaukan saya termasuk ahli keluarga saya sendiri, hanya abang seorang saja yang masih ada di sisi saya. Saya benar-benar rasa terharu."

Balas si suami, "Sayang, saya kan suami awak. Memang itu tanggungjawab seorang suami terhadap isterinya walau apa jua cabaran dan dugaan yang datang menimpa keluarga kita. Saya faham situasi awak. Lagipun saya dulu pun penulis cerita lucah. Bezanya saya tak pernah ditangkap dan dipenjara."

MORAL KISAH INI:

1. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan sebaliknya.

2. Dengan adanya kompromi dalam alam rumahtangga, pasangan anda adalah insan yang lebih bernilai daripada putera/puteri impian yang anda impikan selama ini.


Tiada ulasan: