Pengikut Kembali Pulang

Jumaat, 11 November 2011

MATLUTHFI90 - RANT ON LAGU CINTA


Kenalkah anda pada Matluthfi90? Siapakah dia? Bagi sesiapa yang belum mengenali dirinya, Matluthfi90 merupakan salah seorang penghasil video blog (vblogger) yang paling popular di Malaysia. Bagi sesiapa yang belum pernah menonton satu pun video blog Matluthfi90, sila KLIK DI SINI.

Matluthfi90 sememangnya pujaan ramai. Pernyataan saya agak melampau? Okey la. Walaupun ada sesetengah rakan seperjuangan saya yang tidak sukakan Matluthfi90, tapi saya memang meminati Matluthfi90 disebabkan oleh video blog yang dihasilkannya. Saya memang peminat Matlutfi90, lebih-lebih lagi raut wajah Matluthfi90 ni seiras macam muka seorang rakan lama saya ketika di sekolah menengah.

Baru-baru ini, Matluthfi90 telah menghasilkan satu lagi video blog yang boleh tahan 'power' jugak la... Tajuk video blog terbarunya adalah "rant on lagu cinta". Video "rant on lagu cinta" merupakan satu kritikan Mathlutfi90 terhadap lirik beberapa buah lagu Melayu dan sebuah lagu Inggeris. Jadi, apa yang saya cuba tulis untuk entri kali ini sebenarnya adalah satu kupasan maklum balas mengenai apa yang telah dikritik kaw-kaw oleh Matluthfi90 dalam video terbarunya.

Lirik lagu pertama yang dikritik oleh Matluthfi90 adalah lirik lagu KRU - Tiga Kata yang berbunyi:


Wo ai ni, I love you, Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna tapi jarangnya didengar
Tiga kata paling menyentuh tapi jarangnya disebut

Matluthfi90 kata bahagian mana kata-kata "aku cinta padamu" itu jarang didengar dan disebut apabila sebaik selesai sahaja lagu tersebut disiarkan di radio, ada 40 buah lagu lagi dalam radio mengatakan tentang cinta.

Komen saya: Matluthfi90, itu DALAM RADIO. Dah nama pun radio. Lagu cinta pula tu. Memang la banyak didengar dan disebut DALAM RADIO. Lagu "Tiga Kata" oleh KRU sebenarnya ingin mengutarakan isu di dunia realiti yang kita mungkin terlepas pandang. Memanglah kita biasa dengar dan lihat sepasang kekasih seringkali mengucapkan tiga kata tersebut antara satu sama lain, tapi itu sepasang kekasih! Cuba kita tengok pasangan suami isteri. Berapa kali kekerapan mereka mengucapkan tiga kata tersebut kepada pasangan mereka setelah berkahwin berbanding ketika waktu mereka asyik dilamun cinta dahulu? Bagaimana pula dengan tiga kata tersebut untuk anak-anak terhadap ibu bapa mereka? Selalu tak kita dengar "tiga kata" itu disebut?

Lirik lagu kedua yang dikritik oleh Matluthfi90 adalah lirik lagu Forteen - Berdua Bersatu yang berbunyi:

Jika dengan mu salah, ku tak mahu yang benar
Jika dengan mu rebah, biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai, ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Jika dengan mu kabur, ku tak mahu yang jelas
Jika dengan mu hanyut, biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut, ku sanggup kerna ku mahu
Kita berdua bersatu

Matluthfi90 kata, "Sebenarnya ada beza pengorbanan dan kebodohan. Seriously."

Komen saya: Matluthfi90, saya setuju dengan pendapat awak. Saya rasa awak sedia maklum bahawa itulah pengajaran yang kita boleh dapat melalui lagu tersebut. Tapi saya nak awak tahu bahawa lagu ini sememangnya mempunyai unsur hiperbola. Dah nama pun hiperbola, memang sangat melampau liriknya. Saya tertarik dengan pernyataan salah seorang yang pemberi komen untuk video tersebut, SnowFire1990. Katanya, "Love songs are meant to exaggerate. Equivalent to the level of immaturity one goes through when they fall in love." Maksudnya, lagu-lagu cinta memang sengaja dibuat untuk berlebih-lebihan dalam meluahkan perasaan. Sifat berlebih-lebihan tersebut biasanya setara dengan fikiran tidak matang sesetengah orang dalam percintaan.

Lirik lagu ketiga yang dikritik oleh Matluthfi90 adalah lirik lagu Sofazr - Terasa Di Syurga yang berbunyi:

Hidup ini terasa di syurga
Tak sabar menunggu hari esok
Umpama mawar yang sedang mekar

Matluthfi90 kata dia tak faham apa kaitan antara "mawar yang sedang mekar" dengan "hari esok".

Komen saya: Perbandingan yang wujud pada lirik di atas sebenarnya merujuk kepada simile ataupun perbandingan secara terus antara "Tak sabar menunggu hari esok" dan "Mawar yang sedang mekar". "Mawar" dalam bait lirik di atas sebenarnya satu perlambangan kepada "Hari esok yang indah". Iyalah, hari esok yang indah bagi seseorang yang ingin berjumpa dengan kekasih hatinya. Dah tu, tak sabar menunggu hari esok untuk berjumpa dengan kekasih hati, samalah seperti mawar yang sedang mekar. Mawar tu cantik dan kita tak sabar untuk melihat ianya mekar. Matluthfi90, lagu tersebut tidak membandingkan mawar dengan kecantikan syurga pun.

Lirik lagu keempat yang dikritik oleh Matluthfi90 adalah lirik lagu Bruno Mars - Grenade yang berbunyi:

Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all
But you never give
Should've known you was trouble
From the first kiss
Had your eyes wide open
Why were they open?

Untuk lirik lagu ini, Matluthfi90 cuba menjawab persoalan Bruno Mars, "Should've known you was trouble from the first kiss had your eyes wide open. Why were they open?". Matluthfi90 kata, sebab perempuan tu hidup, bukannya mati, sebab itulah matanya terbuka luas. Orang tak tergila-gilakan orang mati. Mathluthfi90 juga mengkritik Bruno Mars yang terhegeh-hegehkan seorang perempuan, seolah-olah tidak boleh menerima perempuan tersebut tidak menyukai dirinya.

Komen saya: Erm ini sebenarnya satu isu yang berkaitan dengan elemen romantik Barat. Erm you know... Bila orang lelaki sana cium perempuan dia, mata si perempuan akan tertutup menandakan adanya rasa cinta yang sama dengan si lelaki tu. Tapi kalau bercium dan mata si perempuan tu terbuka luas, maknanya sama ada si perempuan tu terkejut atau memang dia tiada langsung rasa cinta terhadap si lelaki tu. Itulah maksudnya. Bukan soal si perempuan tu hidup atau mati. Lagu Bruno Mars tu memang menceritakan tentang seorang lelaki yang terhegeh-hegeh hinggakan dia sanggup bunuh diri sebab tak boleh terima hakikat si perempuan tidak menerima cinta dia. Kita yang masih hidup ni janganlah mencontohi lagu tersebut. Itu yang paling penting. Okey?

Lirik lagu terakhir yang yang dikritik oleh Matluthfi90 adalah lirik lagu Alif Satar - Lelaki Seperti Aku yang berbunyi:

Oh baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oh baby

dan

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Matluthfi90 kata kenapa masih nak panggil orang yang direject tu "baby" dan si penyanyi juga dikehendaki berhenti mengatakan orang yang lebih kacak daripada dirinya seolah-seolah satu dunia sememangnya lebih kacak daripada dirinya.

Komen saya: Hahaha secara jujurnya saya pun tidaklah benar-benar menyukai lirik lagu ni. Cuma rentaknya catchy, sebab itulah ianya agak popular dan muziknya kedengaran menarik. Cuma saya nak terangkan beberapa perkara tentang lagu ini. Lagu Alif Satar - Lelaki Seperti Aku sebenarnya merupakan sebuah lagu rejection. Maksudnya, lagu tentang menolak cinta seseorang. Lirik lagu di atas pula sebenarnya menunjukkan situasi yang biasa berlaku dalam penolakan cinta. Si penolak akan sedaya-upaya untuk menjaga hati orang yang ditolaknya dengan harapan orang tersebut tidak akan berdendam dengan dirinya dan mereka boleh berkawan seperti biasa. Antara perkara-perkara yang boleh si penolak lakukan adalah dengan memanggil orang yang ditolaknya dengan panggilan mesra dan mengagung-agungkan dan mengatakan orang lain lebih baik, dengan harapan orang yang ditolak cintanya tadi boleh mencari calon lain. Perkara-perkara seperti ini sebenarnya suatu bentuk KIASAN yang sangat popular dalam penolakan cinta. Saya tidak pasti sama ada orang yang biasa menolak cinta orang lain sedar akan perkara ini. Tapi saya percaya orang yang cintanya biasa ditolak pasti akan memahami perkara seperti ini.

Apa yang Matluthfi90 cuba lakukan ada baiknya juga. Dia cuba untuk membangkitkan rasa sensitif kita terhadap lirik-lirik lagu yang kita dengar pada setiap hari. Saya teringat ketua warden asrama ketika saya berada di sekolah menengah, beliau pernah mengkritik lirik lagu Spider - Relaku Pujuk kerana bait-bait liriknya seolah-olah lupa akan keagungan Tuhan. Begitu juga dengan isu baru-baru ini terhadap lagu Najwa Latif - Cinta Muka Buku.

Kesimpulannya, ada banyak perkara-perkara seni di sekeliling kita yang kita semua masih tidak tahu. Kalau ada orang yang tidak memahami perkara-perkara tersebut, amatlah penting bagi kita untuk memberitahu apa yang kita tahu dan menyampaikan pada orang lain. Akhir kata, Peace No War dan jumpa lagi di entri akan datang!

Tiada ulasan: