Boy : Soto di warung tadi punyalah sedap.
Roy : Betul tu.
Boy : Gadis di kaunter bayaran pun cantik.
Roy : Dah tahu cantik, kenapa tak ambil nombor telefon dia tadi?
Boy : Nak buat apa?
Roy : Buat order pizza.
Boy : Hah? Pizza? Tapi dia jual soto!
Roy : Dah tu? Apa lagi, untuk berkenalanlah! Mengorat.
Boy : Ish, tak baik kau ni. Aku tak suka la mengorat dan
couple. Aku nak kahwin terus.
Roy : Sungguh murni cita-cita kau. Apa lagi, masuklah meminang! Tapi jangan lupa, kau kena ada RM10000 ke RM30000 untuk duit belanja majlis perkahwinan.
Boy : Itulah. Aku pun dah mula kumpul duit.
Roy : Itu sudah bagus! Berapa banyak dah kau kumpul duit?
Boy : Ada dalam seringgit.
Roy : ................... Teruskan usaha. Semoga berjaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan