Pengikut Kembali Pulang

Ahad, 5 Ogos 2012

SEMOGA BERJAYA DATUK LEE CHONG WEI!

Seperti yang kita semua maklum, perlawanan akhir badminton di kejuaraan Olimpik 2012 antara Lee Chong Wei dan Lin Dan akan disiarkan secara langsung di RTM 1 pada jam 8.00 malam waktu Malaysia. Sama-samalah kita menyokong pertandingan akhir badminton Datuk Lee Chong Wei yang merupakan antara perjuangan sukan yang penting buat negara kita, Malaysia.

Kita tengok waktu tayangan pertandingan tersebut adalah jam 8 malam ini. Namun bagi orang Islam, janganlah lupa untuk menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak. Lebih-lebih lagi kita ada solat sunat Tarawih yang tiada pada bulan lain.

Tak rugi kalau kita tinggalkan televisyen untuk menunaikan solat di surau ataupun di masjid. Kita masih boleh menyokong kejayaan ahli sukan kebanggaan negara kita melalui doa. Bukankah doa itu senjata orang Mukmin? Bukankah antara doa yang dimakbulkan itu adalah ketika orang berpuasa berbuka puasa apabila sudah tiba waktu berbuka?

Abdullah bin Umar RA meriwayatkan hadis daripada Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu mempunyai satu kesempatan berdoa yang tidak akan ditolak pada saat ia berbuka puasa.” (Riwayat Imam Ibnu Majah dan al-Hakim).

Janganlah kita lupa bahawa qada' dan qadar itu telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Kalah dan menang itu adat pertandingan. Kita hanya boleh berdoa dan hanya Allah yang menentukan kejayaan ahli sukan kesayangan negara kita.

Akhir kata, salam Ramadhan dan selamat berbuka puasa kepada seluruh umat Islam.

3 ulasan:

aphyx berkata...

tarawikh lepas badminton?? ok x?

INILHOUR berkata...

http://mysmallcottage.blogspot.com/

follow sy gak hehe

Anwar Junichi berkata...

Afiq: Okey je sebenarnya tapi tak dapat buat berjemaah kat surau/masjid. Kalo dapat buat berjemaah kat rumah, untunglah. Apa-apa pun, pertandingan tu dah berlalu. Namun, boleh jadi ingatan untuk waktu lain yang seumpama hari ini. =)

Hawa: Okey. =)