Pengikut Kembali Pulang

Sabtu, 7 Mei 2011

INSPIRASI LAGU SEPI

Hapus air matamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus air matamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari

Mentari pagi bawakan embun sejukkan hati
Aku di sini menatap engkau menangis sepi

Oh sepi, sepiku
Janganlah bersedih hati


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kau yang jauh akan pergi
Yang berkongsi sama rasa hati
Yang fahami diri selama ini
Tolong, jaga diri walau di tempat sendiri.

Kita hidup di zaman teknologi
Tapi berjumpa jarang sekali
Ini sahaja cara yang tersendiri
Dengarkanlah puisi inspirasi lagu sepi.

Lagu sepi lagu yang membayangi
Waktu aku pasang lagu ini
Sambil mata ini aku tutupi
Wajahmu muncul dalam memori.

Lagu sepi lagu yang dihayati
Lambang pesanan daripada diri
Sebagai penyampai maksud hati
Yang sebenarnya ingin melindungi.

Jangan sentiasa bersedih hati
Jangan risau, akan ada yang mengubati hati
Yang membuka mata supaya berkenan di hati
Yang baik pasti menemani.

Jika diri sepi, ingat siapa yang ada di sisi
Dunia belum kiamat lagi
Hidup belum tamat lagi
Semoga kau ketemu kebahagiaan yang dicari.



3 ulasan:

UmmI naDziRah bIntI zAin0L berkata...

anda sepi?

Anwar Junichi berkata...

saya sepi? saya memang sepanjang masa sepi. tak perlu tanya lagi. kalo merujuk pada entri kali ni, ianya satu dedikasi kepada orang yg mengalami situasi macam saya.

UmmI naDziRah bIntI zAin0L berkata...

oooo..heee :)
tape2.. jgn sepi2..
chill2 :)