Pengikut Kembali Pulang

Jumaat, 30 September 2011

SIAPAKAH "NICE GUY" YANG SEBENAR?

Kadang-kadang saya terdengar ada wanita-wanita di luar sana tertanya-tanya di manakah mereka boleh cari "Nice Guy" yang tidak sekali-kali akan mengecewakan diri mereka dalam percintaan. Saya tidak mahu bercakap panjang berjela-jela dalam bentuk karangan seperti yang biasa saya lakukan untuk entri blog saya. Jadi, kali ini saya hanya menyatakan ciri-ciri "Nice Guy" yang sebenar dalam point form. Antara ciri-ciri "Nice Guy" sebenar adalah:

1. Lelaki yang dengan mudahnya anda anggap sebagai seorang yang membosankan.

2. Lelaki yang jujur hinggakan kalau dia sesekali mencuba untuk menipu pun, anda tahu penipuannya bukan sahaja tidak mencabar minda, malah tidak laku sama sekali.

3. Lelaki yang jarang sekali anda fikir untuk menghubunginya, malah dia yang selalu menghubungi anda sehingga anda berasa rimas.

4. Lelaki yang terkejar-kejarkan diri anda sehingga membuatkan anda rasa meluat.

5. Lelaki yang memberitahu anda tentang kelemahan dirinya secara terus-terang tanpa rasa segan silu.

6. Lelaki yang membuatkan anda tidak tahu untuk bertanya apa lagi kepada dirinya ketika berbual.

7. Lelaki yang mengikut segala kehendak anda tanpa rasa berbelah-bahagi.

8. Lelaki yang sentiasa selalu meminta maaf kepada anda walaupun demi kesalahan yang sangat kecil atau perkara yang memang bukan kesalahannya pun.

9. Lelaki yang sebelah mata mahupun kedua-belah mata anda tak ingin pandang pun.

Saya rasa setakat itu saja nampaknya.

Tiada ulasan: