Pengikut Kembali Pulang

Rabu, 26 Disember 2012

SKETSA ORANG BUJANG - GEBU ATAU?

Boy : Hari ini baru aku tahu maksud "G.B.U." tu rupa-rupanya "God Bless U (You)".

Roy : Habis selama ni kau ingat apa maksud "G.B.U." tu?

Boy : Aku ingatkan orang dok kata aku GEBU.

Roy : Hah! Kalau betul orang nak kata kau gebu, mana hilangnya "E" tu?

Boy : Itulah yang selama ni aku dok rasa pelik semacam. Tak tahu mengeja ke apa.

Roy : Kawanku, dah nama pun akronim kepada "God Bless U (You)", memang patutlah tak ada huruf "E" tu... T_T




Jumaat, 14 Disember 2012

SKETSA ORANG BUJANG - PATAH HATI


Boy : Aku dengar kau dah tak mesra lagi dengan crush kau tu. Bukan ke kau kata kau cintakan dia? Jangan kata dia dah reject kau...

Roy : Betul dah tu. Memang dia dah reject aku.

Boy : Tapi kenapa aku tengok kau tak sedih pun?

Roy : Buat apa aku nak sedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya.

Boy : Kan aku dah kata sebelum ni "Say no to couple."

Roy : Kau tipu. Aku baru dengar kau kata pasal tu sekarang ni... T_T


Sabtu, 8 Disember 2012

SKETSA ORANG BUJANG - TAMBAH & IKUT

Boy : Dia follow aku! Dia follow aku di Twitter! Dia add aku! Dia add aku di Facebook!

Roy : Cukup-cukuplah excited dengan orang yang follow di Twitter dan add kau di Facebook tu...

Boy : Tapi ni lain daripada yang lain! Aku pun tak sangka!

Roy : Macam tu pulak? Macam istimewa je... Ni mesti crush kau yang follow dan add kau kan...

Boy : Taklah!

Roy : Aik? Habis tu? Oh ni mesti artis pujaan kau yang follow dan add kau kan...

Boy : Taklah... Atuk aku yang follow dan add aku ni!

Roy : ....................................... Baguslah.


Rabu, 5 Disember 2012

4 JENIS PEMBANGKANG

Tahukah anda apa itu PEMBANGKANG?

Pembangkang ialah pihak yang menentang suatu pihak lain atau suatu polisi yang berada di kedudukan arus perdana. Istilah pembangkang merupakan salah satu istilah yang sangat popular dalam dunia politik.

Tahukah anda bahawa ada 4 jenis pembangkang yang terdapat dalam dunia politik hari ini?

Jenis yang pertama: Pembangkang Biasa

Pembangkang Biasa merupakan golongan pembangkang yang menentang dasar atau polisi kerajaan yang sedang memerintah. Pembangkang jenis ini biasanya tidak pernah sebulu dengan kerajaan sejak mereka dilahirkan lagi. Pembangkang jenis ini juga biasanya tidak akan goyah pendiriannya dan tidak akan berganjak daripada meneruskan sokongan terhadap parti kesayangan walau terdapat pelbagai onar yang telah dilakukan oleh parti tersebut. Biasalah... Tiada sesiapa yang sempurna di dunia ini, bukan?

Jenis yang kedua: Pembangkang Mudah

Pembangkang Mudah merupakan golongan pembangkang yang hanya akan muncul apabila berlakunya pertukaran kerajaan yang memerintah. Sepertimana pilihanraya yang mendapat majoriti mudah, seperti itu juga kedudukan sebagai penyokong atau pembangkang boleh berubah dengan mudah. Maksudnya, apabila berlakunya pertukaran kerajaan yang memerintah selepas pilihanraya, pihak yang selama ini merupakan pembangkang telah bertukar menjadi pihak yang memerintah manakala pihak yang selama ini merupakan pemerintah telah bertukar menjadi pihak pembangkang. Mudah, bukan?

Jenis yang ketiga: Pembangkang Suci

Pembangkang Suci merupakan golongan pembangkang yang ingin mengubah nasib masyarakat yang sedang mengalami kesempitan hidup akibat tekanan ekonomi dan sosial semata-mata. Pembangkang jenis ini biasanya hidup selesa di bawah kerajaan pemerintah tetapi atas dasar kasihan kepada golongan lain yang kurang bernasib baik yang tidak mendapat perhatian, pembangkang jenis ini mula mengkritik kerajaan pemerintah dan seterusnya mengharapkan pertukaran pucuk pimpinan selepas pilihanraya. Idealisme itu bagus, bukan?

Jenis yang keempat: Pembangkang Selamanya

Pembangkang Selamanya merupakan golongan pembangkang yang akan sentiasa menjadi pihak pembangkang walaupun pucuk pimpinan kerajaan telah bertukar selepas pilihanraya. Pembangkang jenis ini biasanya merupakan orang yang atas pagar, orang yang kurang rasa bersyukur, tidak pernah merasa cukup dengan kehidupan yang dimiliki, tidak pergi mengundi, anarki, serta hanya tahu memberontak dan merusuh tanpa mempedulikan kesannya terhadap kesejahteraan orang ramai. Dalam banyak-banyak orang, yang paling ramai adalah golongan seperti ini, bukan?

Jadi, anda tergolong dalam kumpulan pembangkang yang mana satu?