Pengikut Kembali Pulang

Memaparkan catatan dengan label Gurauan Ringan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gurauan Ringan. Papar semua catatan

Ahad, 30 Oktober 2011

HAI-O KASI MENANG SAMA NEGERI SEMBILAN!

Nampaknya juara untuk THR Gegar Piala Malaysia 2011 kali ini disandang oleh Negeri Sembilan!

Pasukan Negeri Sembilan menang 2 gol berbalas 1 ke atas pasukan Terengganu.

Gol pertama pasukan Negeri Sembilan dijaringkan oleh S.Kunanlan manakala gol kedua dijaringkan oleh Hairuddin Omar (Hai-O).

Hairuddin Omar ni memang hebatlah. Orang kata dia ni dah tua, tapi tua-tua pun berminyak beb!

Ingat tak dulu ada orang buat parody iklan Hai-O sempena kemenangan pasukan Kelantan untuk Piala Malaysia 2010? Tahun ni ada juga parody iklan Hai-O sempena kemenangan pasukan Negeri Sembilan.

Selasa, 20 September 2011

MANUSIA PEROSAK GAMBAR? (PARODY)

Entri ini merupakan satu maklumbalas parodi terhadap entri "Manusia Perosak Gambar" di sebuah blog kepunyaan pelajar saya. "Manusia Perosak Gambar" sebenarnya merupakan suatu entiti yang wujud di belakang orang-orang yang diambil gambarnya. Entiti tersebut boleh jadi wujud secara tidak sengaja dalam gambar orang lain ataupun sengaja hadir dengan niat-niat tertentu untuk memberi 'panorama tambahan' terhadap gambar yang diambil. Berikut merupakan contoh-contoh "Manusia Perosak Gambar" yang ada dalam koleksi album foto saya.

Saya sendiri sebagai "Manusia Perosak Gambar"

"Manusia Perosak Gambar" yang tidak disengajakan dalam gambar saya

Yang ni nampak macam 'semulajadi'

Yang ni agak ketara...

Yang ni pandai-pandai la cari...

Yang ni tak payah cakap la...

Yang ni? No comment. Penat jer orang lain pose macho2. (Macho ke?)

Selasa, 31 Mei 2011

THE ASPARAGUS

Asparagus memanglah sejenis sayur, tetapi The Asparagus merupakan sebuah band yang telah ditubuhkan pada tahun 2007.


The Asparagus terdiri daripada beberapa orang anak muda dari kalangan pekerja kolar putih.


The Asparagus dianggotai oleh 5 orang ahli tetap dan beberapa orang ahli jemputan.


Bersama ahli jemputan, I-Sss


Bersama ahli Jemputan, I-Nas dan I-Der


Bersama ahli jemputan, I-Wea


The Asparagus telah menghasilkan satu album debut kemunculan mereka yang bertajuk "Joget Pantai Irama".


Album "Joget Pantai Irama" mengandungi 13 buah lagu yang mengetengahkan irama pop kontemporari.


Oh, terlupa untuk memberitahu anda semua satu perkara penting!

The Asparagus sebenarnya merupakan sebuah band miming. Itulah kepakaran mereka.

Sabtu, 2 Oktober 2010

LAGU TEMA KEBUNTUAN/KEPENATAN BUAT ASSIGNMENT

Kes buntu atau kepenatan ketika membuat assignment yang berjela-jela selalu terjadi di kalangan pelajar institut pengajian tinggi. Perkara macam ni biasa kelihatan menjelang tarikh akhir menghantar assignment. Lepas tu mula la masing-masing mengeluh penat, buntu, tension, jiwa kacau dan sebagainya kat Facebook. Jadi, hari ini saya telah disuruh oleh seorang rakan untuk mencari sebuah lagu tema untuk status Facebooknya yang memaparkan situasi kebuntuan/kepenatan buat assignment, dan inilah lagunya.

"Mencari Konklusi" oleh Hujan

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti


Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari


Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita


Kan ku cari konklusi


Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita


Kan ku cari konklusi


Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita


Kan ku cari konklusi

Kenapa lagu ini dipilih sebagai lagu tema kebuntuan/kepenatan buat assignment?

Mari kita lihat bait-bait liriknya.

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti


Rangkap pertama menyatakan tentang sesuatu "ikatan". Ikatan itu sebenarnya membawa maksud ASSIGNMENT! Jadi, rangkap pertama menyatakan bahawa: Belum siap satu assignment, sampai pulak satu assignment lain. Kita cuba nak menyiapkan semuanya sekaligus tapi cacamarba jadinya. Assignment bertimbun, bilik bersepah dengan buku dan kertas. Kita berdepan dengan macam-macam isi dan huraian assignment tapi di akhirnya kita tetap tak mengerti apa-apa.

Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari


Rangkap kedua menunjukkan keadaan kita yang bukan semakin baik. Semakin parah ada la kot. Kita dah la pening dengan arahan dan soalan assignment tu, ditambah pulak dengan tugas kita yang kena buat ayat-ayat sendiri yang mengikut spesifikasi penilaian, mungkin berfalsafah, gerenti masyuk dan yang paling penting, bajet tulen. Kadang-kadang kita sendiri tak pasti dengan apa yang kita dah tulis. Dan kadang-kadang kita bertanya sendiri, apa yang sebenarnya kita cari dengan buat semua assignment tu?

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi


Rangkap ketiga mencadangkan kepada kita untuk bertenang buat seketika. Cuba pejamkan mata kita. Pergi tidur sekejap ke. Moga-moga hilanglah semua resah yang ada. Cuba kita duduk diam-diam sambil berfikir perkara-perkara yang elok. Sama-samalah kita memuhasabahkan diri. Dan kemudian, pandai-pandailah kita cari konklusi a.k.a. KESIMPULAN SENDIRI UNTUK KEBUNTUAN/KEPENATAN MEMBUAT ASSIGNMENT ini.

Khamis, 21 Januari 2010

LAGU TEMA ELAUN LAMBAT MASUK

Kes elaun lambat masuk ni dah selalu terjadi. Setiap awal semester mesti ada kes macam ni. Jadi, hari ini saya terpanggil untuk menyiarkan satu lirik lagu yang cukup sesuai untuk menjadi lagu tema bagi situasi elaun yang masuk lambat.

"Extravaganza" oleh Bunkface

Semangat baru
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku
Hanya untukmu


Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka... Aku kalah......


Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu (kata hatimu)


Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh


Persepsi diri
Ada maksud sendiri
Dan propaganda ku rasa
Luar biasa


Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka... Aku kalah lagi......


Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu (kata hatimu)


Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh


Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza


Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
(kata hatimu)


Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh

Kenapa lagu ini dipilih sebagai lagu tema elaun lambat masuk?

Mari kita lihat bait-bait liriknya.

Semangat baru
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku
Hanya untukmu


Rangkap pertama menceritakan betapa kita bersemangat untuk menghadapi semester yang baru. Perjuangan yang satu itu merujuk kepada kita punya study ni! Dan matlamat hidup kita hanya boleh dicapai dengan disertai elaun yang diberikan kepada kita selama ini.

Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka... Aku kalah......


Tetapi rangkap kedua telah memberikan kita suatu bayangan tentang elaun. Kita mengharapkan satu petanda yang bakal menyerikan hidup kita ketika awal semester. Tapi! Tapi jangkaan kita salah... ELAUN LAMBAT MASUK... Lebih lambat daripada apa yang kita semua pernah jangkakan...

Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu (kata hatimu)


Rangkap ketiga menceritakan tentang diri kita yang sering memikirkan "bila la elaun nak masuk ni, bila la elaun nak masuk ni". Kita resah gelisah mengharap elaun masuk pada keesokan harinya, tapi janganlah kita percaya pada khabar angin yang mengatakan elaun akan masuk esok.

Itulah maksud tersirat yang terkandung di sebalik lirik lagu Extravaganza oleh Bunkface. Sekian terima kasih.