Pengikut Kembali Pulang

Sabtu, 2 Oktober 2010

LAGU TEMA KEBUNTUAN/KEPENATAN BUAT ASSIGNMENT

Kes buntu atau kepenatan ketika membuat assignment yang berjela-jela selalu terjadi di kalangan pelajar institut pengajian tinggi. Perkara macam ni biasa kelihatan menjelang tarikh akhir menghantar assignment. Lepas tu mula la masing-masing mengeluh penat, buntu, tension, jiwa kacau dan sebagainya kat Facebook. Jadi, hari ini saya telah disuruh oleh seorang rakan untuk mencari sebuah lagu tema untuk status Facebooknya yang memaparkan situasi kebuntuan/kepenatan buat assignment, dan inilah lagunya.

"Mencari Konklusi" oleh Hujan

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti


Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari


Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita


Kan ku cari konklusi


Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita


Kan ku cari konklusi


Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita


Kan ku cari konklusi

Kenapa lagu ini dipilih sebagai lagu tema kebuntuan/kepenatan buat assignment?

Mari kita lihat bait-bait liriknya.

Belum tersimpul mati
Ikatan itu ku buka sendiri
Terus bertempiaran
Jutaan huraian
Ku takkan mengerti


Rangkap pertama menyatakan tentang sesuatu "ikatan". Ikatan itu sebenarnya membawa maksud ASSIGNMENT! Jadi, rangkap pertama menyatakan bahawa: Belum siap satu assignment, sampai pulak satu assignment lain. Kita cuba nak menyiapkan semuanya sekaligus tapi cacamarba jadinya. Assignment bertimbun, bilik bersepah dengan buku dan kertas. Kita berdepan dengan macam-macam isi dan huraian assignment tapi di akhirnya kita tetap tak mengerti apa-apa.

Teka silang kata
Membuat parah menambah persoalannya
Aku tak pasti yang kita hadapi
Yang kita semua cari


Rangkap kedua menunjukkan keadaan kita yang bukan semakin baik. Semakin parah ada la kot. Kita dah la pening dengan arahan dan soalan assignment tu, ditambah pulak dengan tugas kita yang kena buat ayat-ayat sendiri yang mengikut spesifikasi penilaian, mungkin berfalsafah, gerenti masyuk dan yang paling penting, bajet tulen. Kadang-kadang kita sendiri tak pasti dengan apa yang kita dah tulis. Dan kadang-kadang kita bertanya sendiri, apa yang sebenarnya kita cari dengan buat semua assignment tu?

Coba tenang seketika
Coba pejam mata
Biar resah hilang saja
Dan coba diam yang bicara
Sediam bersama
Ditemani jasad kita

Kan ku cari konklusi


Rangkap ketiga mencadangkan kepada kita untuk bertenang buat seketika. Cuba pejamkan mata kita. Pergi tidur sekejap ke. Moga-moga hilanglah semua resah yang ada. Cuba kita duduk diam-diam sambil berfikir perkara-perkara yang elok. Sama-samalah kita memuhasabahkan diri. Dan kemudian, pandai-pandailah kita cari konklusi a.k.a. KESIMPULAN SENDIRI UNTUK KEBUNTUAN/KEPENATAN MEMBUAT ASSIGNMENT ini.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Selamat m'buat assignment...huhu...

Anwar Junichi berkata...

Terima kasih Ashley... Selamat membuat assignment untuk kau juga... Huhu.