Pengikut Kembali Pulang

Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU

Hari itu aku mendapat tahu
Kau sudah ketemu orang baru
Sepadan dengan dirimu
Yakin dapat membahagiakanmu.

Bukankah ini yang aku mahu?
Melihat kau bahagia selalu
Mendakap bahagia melangkau ragu
Miliki cinta bersama restu.

Wajarnya aku menjauhi dirimu
Tika kau mulakan hidup baru
Cinta manusia banyak mengganggu
Cinta Tuhan diraih dahulu.

Jika dikenang masa dahulu
Betapa kau jauh sebatu
Tetap kita berselisih bahu
Berkongsi cerita tanpa jemu.

Ada masanya kau segan silu
Sembunyi bicara cinta dan rindu
Tentang seseorang sudah bertamu
Bertaut rasa membuka pintu kasihmu.

Kasih dibaja subur tak tentu
Kasih tamat angkara cemburu
Mengalir pedih tangisan sendu
Bergema hiba rintihan kalbu.

Bangkitnya hasrat ingin membantu
Apakan daya tiada ruang untuk diriku
Lindungi kau hasrat hatiku
Malang, tiada rezeki hidup bersamamu.

Pernah aku menjadi sahabatmu
Dalam hati mungkin lebih daripada itu
Dengarkanlah harapanku yang satu
Ucapan tulus lubuk hatiku.

Sayangi diri dan keluargamu
Sayangi teman syurga abadimu
Laungan kompang baru berlalu
Aku ucapkan selamat pengantin baru.



Isnin, 5 Mac 2012

MONOLOG HIDUP SENDIRI

Apakah yang dimahukan dalam hidup ini?
Aku bertanya pada diri
Dan bertanya lagi
Berulang kali.

Masih ada harapankah di dunia ini?
Aku melihat pada diri
Yang masih sendiri
Belum pasti.

Apakah erti kebahagiaan dalam hayat ini?
Aku berkata pada diri
Kalau mencuba lagi
Bersediakah diri?

Masih ada kesabarankah di saat ini?
Aku menyoal pada diri
Untuk kekal berdiri
Berdepan realiti.

Apakah yang dicari dalam perjalanan ini?
Aku bersahaja pada diri
Selagi nafas terisi
Bertahan lagi.

Masih ada peluangkah di dimensi ini?
Aku merenung pada diri
Walau penat menyendiri
Bersabarlah hati.

                                                                                                                                                                         

Sabtu, 7 Mei 2011

INSPIRASI LAGU SEPI

Hapus air matamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari
Hapus air matamu dan jangan bersedih
Aku di sini menemanimu melukis hari

Mentari pagi bawakan embun sejukkan hati
Aku di sini menatap engkau menangis sepi

Oh sepi, sepiku
Janganlah bersedih hati


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kau yang jauh akan pergi
Yang berkongsi sama rasa hati
Yang fahami diri selama ini
Tolong, jaga diri walau di tempat sendiri.

Kita hidup di zaman teknologi
Tapi berjumpa jarang sekali
Ini sahaja cara yang tersendiri
Dengarkanlah puisi inspirasi lagu sepi.

Lagu sepi lagu yang membayangi
Waktu aku pasang lagu ini
Sambil mata ini aku tutupi
Wajahmu muncul dalam memori.

Lagu sepi lagu yang dihayati
Lambang pesanan daripada diri
Sebagai penyampai maksud hati
Yang sebenarnya ingin melindungi.

Jangan sentiasa bersedih hati
Jangan risau, akan ada yang mengubati hati
Yang membuka mata supaya berkenan di hati
Yang baik pasti menemani.

Jika diri sepi, ingat siapa yang ada di sisi
Dunia belum kiamat lagi
Hidup belum tamat lagi
Semoga kau ketemu kebahagiaan yang dicari.



Rabu, 30 Mac 2011

KAU DIRAMPAS, KAU BEBAS

Kau dikebas,
Aku melepas.

Kapalmu berlepas,
Keretaku terbabas.

Pulang naik bas,
Makan gula kapas.

Pegangan eratku terlepas,
Kudapanku dilangkah lipas.

Jariku hidupkan kipas,
Imbauan wajahmu terimbas.

Semak samun aku tebas,
Semua benda aku libas.

Hatiku bagai terhempas,
Hatimu mengucap syabas.

Kau jadi bebas,
Aku jadi hampas.



Isnin, 28 Mac 2011

IDEALISME CINTA (TAPI BUKAN AKU)

Aku pada masa dahulu idealisme dalam soal cinta.

"Saya suka awak. Awak suka saya. Kita sama-sama jatuh cinta dan bersama selamanya."

Sekarang mungkin tidak lagi begitu.


Idealisme sesuai untuk orang lain.

Ibu bapaku.

Saudara-maraku.

Kawan-kawanku.

Tapi bukan aku.


Terima kasih kepada orang yang aku pernah suka.

Terima kasih kepada orang yang aku pernah jumpa.

Terima kasih kepada orang yang berkongsi cerita.

Kerana setiap satu daripada mereka telah membuka mataku.


Terima kasih kepada Tuhan yang Maha Besar.

Memberi aku kesibukan kerja.

Memberi aku perkara yang lebih penting daripada apa yang saya kejarkan selama ini.

Memberi aku satu realiti.

Memberi aku kegagalan, kerana orang yang tidak pernah gagal tidak akan pernah berjaya.


Lain orang, lain takdirnya.

Takdir orang, semudah dapat semudah kata.

Cukup ideal.

Takdir aku, banyak benda perlu diambil kira.

Cukup realistik.


Orang kata, biarkan ianya berlalu.

Sampai masa, ianya akan datang sendiri.

Tapi, bukankah kita perlu berusaha ke arahnya?

Aku sudah berusaha.

Dan silap aku menganggap diri akan dapat apa yang orang lain dapat.


Aku masih sayangkan idealisme walaupun dihimpit realisme.

Aku tidak akan berputus asa memperjuangkan cinta.

Aku tidak akan melatah walaupun sering kecewa.

Aku tidak akan berubah pendirian walaupun terluka.


Situasi sama seperti baju pengantin.

Baju pengantin dibuat bukan untuk si pembuat.

Baju pengantin dibuat untuk dipakai orang lain.

Begitu juga dengan idealisme cinta dan aku.


Aku pejuang idealisme cinta.

Idealisme cinta untuk orang lain.

Tapi bukan aku.


(Diinspirasikan daripada lagu Kerispatih - Tapi Bukan Aku)

"Semoga saja akan kau dapati hati yg tulus mencintaimu. Tapi bukan aku."