Pengikut Kembali Pulang

Ahad, 18 Mei 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU

Hari itu aku mendapat tahu
Kau sudah ketemu orang baru
Sepadan dengan dirimu
Yakin dapat membahagiakanmu.

Bukankah ini yang aku mahu?
Melihat kau bahagia selalu
Mendakap bahagia melangkau ragu
Miliki cinta bersama restu.

Wajarnya aku menjauhi dirimu
Tika kau mulakan hidup baru
Cinta manusia banyak mengganggu
Cinta Tuhan diraih dahulu.

Jika dikenang masa dahulu
Betapa kau jauh sebatu
Tetap kita berselisih bahu
Berkongsi cerita tanpa jemu.

Ada masanya kau segan silu
Sembunyi bicara cinta dan rindu
Tentang seseorang sudah bertamu
Bertaut rasa membuka pintu kasihmu.

Kasih dibaja subur tak tentu
Kasih tamat angkara cemburu
Mengalir pedih tangisan sendu
Bergema hiba rintihan kalbu.

Bangkitnya hasrat ingin membantu
Apakan daya tiada ruang untuk diriku
Lindungi kau hasrat hatiku
Malang, tiada rezeki hidup bersamamu.

Pernah aku menjadi sahabatmu
Dalam hati mungkin lebih daripada itu
Dengarkanlah harapanku yang satu
Ucapan tulus lubuk hatiku.

Sayangi diri dan keluargamu
Sayangi teman syurga abadimu
Laungan kompang baru berlalu
Aku ucapkan selamat pengantin baru.