Boy : Hampeh betul. Rumah punya dekat tapi tak jemput aku pun...
Roy : Kau kenapa? Tak jemput kau untuk apa?
Boy : Kawan aku ni, kenduri kahwin dia dekat-dekat sini je tapi dia tak jemput aku pun.
Roy : Itu je? Ingatkan apa tadi. Perkara kecil je tu. Lagipun kau tak perlu la beriya-iya sangat...
Boy : Kenapa kau cakap macam tu? Kenduri kahwin kawan aku kot.
Roy : Kenduri kahwin kawan-kawan kau yang sudah lepas pun kau tak
pergi walaupun telah dijemput. Kau kena ingat, menjemput kawan-kawan ke walimatul urus itu
sunat tetapi menghadiri jemputan bagi sesiapa yang telah dijemput itu wajib melainkan ada alasan yang kukuh untuk tidak hadir.
Boy : Erk.