Pengikut Kembali Pulang

Khamis, 12 Disember 2013

SKETSA ORANG BUJANG - TENGOK SKRIN

Roy : Kenapa Man pengsan lepas tengok skrin telefon bimbit dia?

Boy : Mak dia hantar SMS suruh dia balik kampung untuk dikahwinkan dengan calon menantu pilihan keluarga.

Roy : Hmm apa boleh buat. Dia takut dia tak boleh terima la tu. Kenapa Max menjerit depan skrin televisyen tu?

Boy : Pasukan bola kesayangan dia kalah teruk kali ni.

Roy : Hmm biasalah tu. Menang atau kalah, itu adat pertandingan. Kenapa Mat menangis sedih teresak-esak depan skrin laptop?

Boy : Artis wanita yang dia puja bertahun-tahun selama ni dah mula pakai tudung.

Roy : Okey, yang ni sungguh aku rasa pelik. Marah pun ada.


Selasa, 10 Disember 2013

SKETSA ORANG BUJANG - SALAH ANGGAP

Roy : Eh Boy, bantal kau tu dah lama tak tukar sarung kan?

Boy : Ya, kenapa?

Roy : Tak busuk ke?

Boy : Dah nama pun bantal busuk. Tapi aku suka. Macam kicap.

Roy : Macam kicap?

Boy : Ya, macam kicap. Kau tahu tak bagaimana kicap dibuat?

Roy : Tak tahu. Macam mana?

Boy : Kicap diperbuat daripada kacang soya yang diperam sampai berkulat. Bila dah berkulat, kulat tu dibuang dan hasil peraman kacang soya tadi diambil dan dicampur dengan bahan-bahan perisa, pengawet, dan mungkin termasuk pewarna.

Roy : Tak boleh tahan faktanya... Tapi apa kaitan dengan bantal busuk?

Boy : Bantal busuk ni cuma tidak ditukar sarung bantalnya. Tidaklah kotor mana dan tidaklah berkulat, cuma ianya mempunyai bau yang aku suka. Kicap yang asalnya merupakan kacang soya peram yang berkulat pun dibuat makan dek orang, apatah lagi bantal aku yang tidak berkulat dan mempunyai bau yang aku suka tetapi sentiasa di salah anggap sebagai busuk.

Roy : Salah anggap? Baiklah. Lepas ni aku tak nak guna kicap dah... T_T


Jumaat, 12 Julai 2013

SKETSA ORANG BUJANG - AKHIR WAKTU

Boy : Allahu... (Mengangkat tangan untuk takbiratul ihram.)

Roy : Eh Boy, kau tolong aku sekejap. Oppsss! Baru nak sembahyang ke dia ni...

Boy : Astaghfirullah... Asal aku nak sembahyang, ada saja kau panggil aku nak minta tolong.

Roy : Dah kau pun asyik solat di akhir waktu. Aku ingatkan kau dah solat di awal waktu tadi, itu sebab baru sekarang aku panggil kau untuk minta tolong.

Boy : Aduh!


Khamis, 11 Julai 2013

SKETSA ORANG BUJANG - TAK DAPAT

Roy : Kenapa muka kau runsing semacam secara tiba-tiba ni?

Boy : Aku rasa... Aku tak dapat benda yang aku mahukan.

Roy : Kawanku, dalam hidup ini, kita takkan sentiasa dapat semua benda yang kita mahukan. Banyakkan memberi daripada menerima, Insya-Allah segala pemberian-Nya yang kita terima selama ini dapat membuat kita sentiasa merasa cukup dalam kehidupan ini.

Boy : Tapi... Aku cuma mahukan hak aku!

Roy : Hak? Kenapa dengan hak kau?

Boy : Aku bayar kot. Bukannya percuma.

Roy : Bayar? Bayar apa?

Boy : Bayar minuman depan mata kita ni la.

Roy : Eh?

Boy : Aku cakap pasal minuman depan mata kita ni haa. Aku order teh o ais tadi, tapi diberinya teh o ais limau. Hampeh betul...

Roy : Oh...............................................................


Sabtu, 2 Mac 2013

SKETSA ORANG BUJANG - KUMPUL DUIT


Boy : Soto di warung tadi punyalah sedap.

Roy : Betul tu.

Boy : Gadis di kaunter bayaran pun cantik.

Roy : Dah tahu cantik, kenapa tak ambil nombor telefon dia tadi?

Boy : Nak buat apa?

Roy : Buat order pizza.

Boy : Hah? Pizza? Tapi dia jual soto!

Roy : Dah tu? Apa lagi, untuk berkenalanlah! Mengorat.

Boy : Ish, tak baik kau ni. Aku tak suka la mengorat dan couple. Aku nak kahwin terus.

Roy : Sungguh murni cita-cita kau. Apa lagi, masuklah meminang! Tapi jangan lupa, kau kena ada RM10000 ke RM30000 untuk duit belanja majlis perkahwinan.

Boy : Itulah. Aku pun dah mula kumpul duit.

Roy : Itu sudah bagus! Berapa banyak dah kau kumpul duit?

Boy : Ada dalam seringgit.

Roy : ................... Teruskan usaha. Semoga berjaya.


Khamis, 7 Februari 2013

KEPUTUSAN TEMUDUGA SPP SAYA

Dikala semua orang sedang bergembira dengan keputusan temuduga SPP mereka



Saya pula


Sedih.

Mungkin saya tidak bagus dalam sesi temuduga.


Mungkin saya tidak layak untuk dilantik menjadi seorang guru.

Mungkin saya bukanlah seorang guru pelatih yang baik.


Mungkin kerjaya perguruan bukan rezeki saya.

Mungkin saya banyak sangat berbuat dosa kepada Tuhan.

Semoga diampunkan.

Jumaat, 1 Februari 2013

SKETSA ORANG BUJANG - BERLARI 500


Boy : Berapa jauh kau berlari sepanjang minggu ni?

Roy : Aku? Setakat 5 kilometer setiap hari untuk minggu ni je.

Boy : Hmm boleh tahan prestasi kau.

Roy : Kau pulak macam mana. Setakat mana kau berlari?

Boy : Aku? Setakat 500 tu boleh la...

Roy : Amboi, melampau sangat!

Boy : Apasal pulak kau kata aku melampau?

Roy : Berlari 500 kilometer dalam seminggu? Agak-agak la kalau nak menipu pun...

Boy : Laa... Bila masa aku kata 500 kilometer? 500 meter je la!

Roy : Adeh!



Rabu, 30 Januari 2013

SKETSA ORANG BUJANG - TAK DENGAR

Roy : Pak imam tu, dia baru baca Bismillah sebelum azan, dah cukup kuat suaranya.

Boy : Biasalah tu. Dah dia guna mikrofon.

Roy : Bukan sebab tu rasanya...

Boy : Habis tu sebab apa?

Roy : Rasanya sebab dia dengar kau melalak nyanyi macam-macam lagu masa dia lalu depan rumah kita tadi. Takut kau tak dengar azan la tu.

Boy : Erk.




Sabtu, 19 Januari 2013

SKETSA ORANG BUJANG - AYAH BIJAK

Boy : Adeh la...

Roy : Kau kenapa?

Boy : Aku cuba minta duit kat ayah aku sebanyak RM50, tapi akhirnya aku dapat RM10 je.

Roy : Hah! Macam biasa berlaku. Tapi aku berminat nak tahu macam mana boleh jadi macam tu.

Boy : Ceritanya begini... Aku cakap kat ayah aku, "Abah, Boy nak RM50."

Roy : Lepas tu?

Boy : Ayah aku pun berkata, "Haa? Apa?  Kau nak RM40?  Kau nak buat apa dengan RM30 tu? Abah rasa RM20 pun cukup, kan? Nah, ambil RM10 abah bagi."

Roy : Bijak permainan ayah kau.