Pengikut Kembali Pulang

Jumaat, 30 September 2011

SIAPAKAH "NICE GUY" YANG SEBENAR?

Kadang-kadang saya terdengar ada wanita-wanita di luar sana tertanya-tanya di manakah mereka boleh cari "Nice Guy" yang tidak sekali-kali akan mengecewakan diri mereka dalam percintaan. Saya tidak mahu bercakap panjang berjela-jela dalam bentuk karangan seperti yang biasa saya lakukan untuk entri blog saya. Jadi, kali ini saya hanya menyatakan ciri-ciri "Nice Guy" yang sebenar dalam point form. Antara ciri-ciri "Nice Guy" sebenar adalah:

1. Lelaki yang dengan mudahnya anda anggap sebagai seorang yang membosankan.

2. Lelaki yang jujur hinggakan kalau dia sesekali mencuba untuk menipu pun, anda tahu penipuannya bukan sahaja tidak mencabar minda, malah tidak laku sama sekali.

3. Lelaki yang jarang sekali anda fikir untuk menghubunginya, malah dia yang selalu menghubungi anda sehingga anda berasa rimas.

4. Lelaki yang terkejar-kejarkan diri anda sehingga membuatkan anda rasa meluat.

5. Lelaki yang memberitahu anda tentang kelemahan dirinya secara terus-terang tanpa rasa segan silu.

6. Lelaki yang membuatkan anda tidak tahu untuk bertanya apa lagi kepada dirinya ketika berbual.

7. Lelaki yang mengikut segala kehendak anda tanpa rasa berbelah-bahagi.

8. Lelaki yang sentiasa selalu meminta maaf kepada anda walaupun demi kesalahan yang sangat kecil atau perkara yang memang bukan kesalahannya pun.

9. Lelaki yang sebelah mata mahupun kedua-belah mata anda tak ingin pandang pun.

Saya rasa setakat itu saja nampaknya.

Sabtu, 24 September 2011

KASIH, SAYANG, CINTA, HATI (SEBELUM & SELEPAS KAHWIN)

Berikut merupakan perkonsian ringkas mengenai erti akronim K.A.S.I.H., S.A.Y.A.N.G, C.I.N.T.A. dan H.A.T.I. dalam kehidupan sebelum dan selepas berkahwin.

KASIH (Sebelum Kahwin)

K = Kongsi semua suka dan duka.
A = Abang adik, ayang anja.
S = Sumpah janji di bibir sentiasa.
I = Istana bahagia dah dicipta.
H = Hatiku hatimu jua.

KASIH (Selepas Kahwin)

K = Kaki dan tangan naik ke kepala.
A = Abuk pun tarak, nak makan apa.
S = Simpati langsung tak ada.
I = Ironi membakar jiwa.
H = Hidup mati sama sahaja.

SAYANG (Sebelum Kahwin)

S = Sikit-sikit sorry, sikit-sikit sorry, mengada.
A = Asal lapang mesti nak jumpa.
Y = You love me, I love you.
A = Apa sahaja sanggup diduga.
N = Nak itu, nak ini, mesti dapat.
G = Gula-gula, coklat dan teddy bear sebagai hadiah utama.

SAYANG (Selepas Kahwin)

S = Salah sikit kiamat dunia.
A = Air yang dibancuh tak sedap, basahlah mata.
Y = Yang betul dia sahaja.
A = Ada tak ada, bagi anak reti la.
N = Nak dilawan, nanti digelar derhaka pula.
G = Gaduh sampai lebam.

CINTA (Sebelum Kahwin)

C = Cubit paha kiri, paha kanan turut terasa.
I = Impian indah ibarat syurga.
N = Nikah impian utama.
T = Taat setia membawa bahagia.
A = Awal dan akhir bersama-sama.

CINTA (Selepas Kahwin)

C = Cuka yang dituang pada luka.
I = Iblis yang merosak minda.
N = Nafsu semata-mata.
T = Tuba yang dibalas semula.
A = Api dalam neraka.

HATI (Sebelum Kahwin)

H = Hanya dikau yang daku cinta.
A = Air paip pun manis macam gula.
T = Tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = Igauan indah tak terkira.

HATI (Selepas Kahwin)

H = Hantu jembalang lagi sempurna.
A = Air mata jadi teman setia.
T = Tempat mengadu dah tak ada.
I = Ikut hati mati, ikut rasa binasa, nak buat macam mana.


Selasa, 20 September 2011

MANUSIA PEROSAK GAMBAR? (PARODY)

Entri ini merupakan satu maklumbalas parodi terhadap entri "Manusia Perosak Gambar" di sebuah blog kepunyaan pelajar saya. "Manusia Perosak Gambar" sebenarnya merupakan suatu entiti yang wujud di belakang orang-orang yang diambil gambarnya. Entiti tersebut boleh jadi wujud secara tidak sengaja dalam gambar orang lain ataupun sengaja hadir dengan niat-niat tertentu untuk memberi 'panorama tambahan' terhadap gambar yang diambil. Berikut merupakan contoh-contoh "Manusia Perosak Gambar" yang ada dalam koleksi album foto saya.

Saya sendiri sebagai "Manusia Perosak Gambar"

"Manusia Perosak Gambar" yang tidak disengajakan dalam gambar saya

Yang ni nampak macam 'semulajadi'

Yang ni agak ketara...

Yang ni pandai-pandai la cari...

Yang ni tak payah cakap la...

Yang ni? No comment. Penat jer orang lain pose macho2. (Macho ke?)