Percayakah anda bahawa anda semakin matang apabila:
1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
3. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
6. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
8. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
9. Anda memandang jauh ke depan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
17. Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
18. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
19. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
- Artikel iluvislam.com
*Artikel ini merupakan salah satu artikel yang saya baca dan saya suka dalam iluvislam.com. Oleh sebab itu, setiap artikel yang menarik akan diabadikan di dalam blog saya untuk tatapan ulangan bagi diri saya dan perkongsian dengan pembaca blog yang lain.
Istighasah, boleh ke tak?
Seminggu yang lalu
3 ulasan:
hagaknyer lah, blog haku tuh yang hudah tak berhupdate hupdate lamanyer tu, kena buat mcm ko ni kot..share je artikel yg best2..xgitu..lgpon byk je blog2 femes mcm borak kosong/ oh bulan/ oh tidak mengesharekan info2 dari blog lain..hamacam?? hokey kan?
nice one bro aj~
insyaAllah kite sume akan dapat capai tahap ituu~
weeeeeee~
:)
hafiq: hokey je kalo ko rasa selesa buat mcm ni. kalo x, jgn buat. teruskan membuat hentri blog yg lahir dari kepala sendiri...
nadiah: Insya-Allah, we'll find the way. =)
Catat Ulasan