Pengikut Kembali Pulang

Khamis, 21 Januari 2010

LAGU TEMA ELAUN LAMBAT MASUK

Kes elaun lambat masuk ni dah selalu terjadi. Setiap awal semester mesti ada kes macam ni. Jadi, hari ini saya terpanggil untuk menyiarkan satu lirik lagu yang cukup sesuai untuk menjadi lagu tema bagi situasi elaun yang masuk lambat.

"Extravaganza" oleh Bunkface

Semangat baru
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku
Hanya untukmu


Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka... Aku kalah......


Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu (kata hatimu)


Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh


Persepsi diri
Ada maksud sendiri
Dan propaganda ku rasa
Luar biasa


Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka... Aku kalah lagi......


Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu (kata hatimu)


Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh


Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza
Extravaganza


Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
(kata hatimu)


Wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh
wo oh oh

Kenapa lagu ini dipilih sebagai lagu tema elaun lambat masuk?

Mari kita lihat bait-bait liriknya.

Semangat baru
Perjuangan yang satu
Dan matlamat hidupku
Hanya untukmu


Rangkap pertama menceritakan betapa kita bersemangat untuk menghadapi semester yang baru. Perjuangan yang satu itu merujuk kepada kita punya study ni! Dan matlamat hidup kita hanya boleh dicapai dengan disertai elaun yang diberikan kepada kita selama ini.

Tapi keadaanmu
Berikan aku
Berikan aku satu petanda
Prasangka... Aku kalah......


Tetapi rangkap kedua telah memberikan kita suatu bayangan tentang elaun. Kita mengharapkan satu petanda yang bakal menyerikan hidup kita ketika awal semester. Tapi! Tapi jangkaan kita salah... ELAUN LAMBAT MASUK... Lebih lambat daripada apa yang kita semua pernah jangkakan...

Rasa resah jangan kau percaya
Dalam hatimu (dalam hatimu)
Rasa resah jangan kau percaya
Kata hatimu (kata hatimu)


Rangkap ketiga menceritakan tentang diri kita yang sering memikirkan "bila la elaun nak masuk ni, bila la elaun nak masuk ni". Kita resah gelisah mengharap elaun masuk pada keesokan harinya, tapi janganlah kita percaya pada khabar angin yang mengatakan elaun akan masuk esok.

Itulah maksud tersirat yang terkandung di sebalik lirik lagu Extravaganza oleh Bunkface. Sekian terima kasih.

Ahad, 17 Januari 2010

PELANCARAN RASMI BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog.

Terima kasih diucapkan kepada Ashley, Cud, Nik Nursyamimi, dan Azrai yang telah memberikan inspirasi kepada diri saya untuk menulis blog ini.

Tidak lupa juga kepada Afiq Shazwan, Rizal, Jad, Peja, Sam, Mimi, Amin, Jeme yang sedikit sebanyak menyokong pembikinan blog ini.

Ini bukanlah pertama kali saya menulis blog. Kali pertama saya menulis blog adalah ketika saya sangat aktif di Friendster sekitar tahun 2006 hingga 2007.

Apabila melihat kembali blog lama, terkenang betapa bersemangatnya diri ini menulis blog pada masa itu. Pada waktu itu, saya masih menggunakan disket sebagai penyimpan hasil tulisan. Saya menulis dalam Microsoft Word di komputer rumah terlebih dahulu, menyimpannya dalam disket, dan kemudian copy paste di ruang blog Friendster ketika online. Sekarang? Taip saja di Blogger dan siarkan terus. Zaman sudah berubah la katakan. Cara tersendiri menulis blog pun sudah berbeza.

Sekarang saya masih dalam proses memahirkan diri dengan pelbagai setting untuk Blogger. Saya juga sedang berusaha untuk meneroka gaya penulisan yang tersendiri.

Apa yang bakal diketengahkan dalam blog ini?

Tunggu dan lihat entri blog yang seterusnya!